UNIT ICT SEKOLAH
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
MATLAMAT
Mewujudkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan dasar ICT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
OBJEKTIF
- Meningkatkan pembagunan dan pengurusan Infranstruktur ICT di sekolah
- Meninkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah melalui penggunaan ICT
- Mewujudkan suasana learning organization di sekolah melalui program-program ICT
- Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap, sistematik dan berkesan di sekolah
- Mewujudkan sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan dan K-ekonomi
VISI DAN MISI
VISI
Melahirkan warga sekolah yang berupaya menggunakan dan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan tugas-tugas harian
MISI
Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek bagi meningkatkan mutu pengalaman pembelajaran
Memberi peluang pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi keperluan era Teknologi Maklumat
PERATURAN MAKMAL SK SUNGAI2
PERATURAN
- Pengguna hanya boleh masuk kedalam makmal komputer dengan bila di izin sahaja.
- Sila patuhi jadual pengunaan makmal untuk mengelakan sebarang kesulitan.
- Pengguna mesti mencatat nama pada buku log yang disediakan.
- Sebarang perisian atau pendrive dari luar adalah dilarang sama sekali.
- Aktiviti yang tiada kaitan dengan proses p&p adalah di larang.
- Pengguna dilarang mengubah sebarang sambungan wayar dan perkakasan kecuali dengan arahan penyelaras.
- Sila laporkan dengan segera kepada penyelaras sekiranya terdengar sebarang bunyi ganjil, sesuatu yang terbakar, atau sebarang keadaan yang tidak normal.
- Penggunaan Internet mesti mendapat kebenaran dari penyelaras.
- Kebersihan makmal komputer adalah tanggungjawab bersama.
- Pastikan peralatan dan perkakasan disusun dengan kemas dan rapi sebelum meningalkan makmal.
- Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasaan, perisian dan seumpanya dari Makmal komputer kecuali dengan izin penyelaras.
- Tempahan makmal perlu dibuat satu minggu lebih awal untuk mengelak sebarang kesulitan.
ASRAMA DESA
BILANGAN PENGHUNI ASRAMA DESA 2010
IKRAR ASRAMA DESA SK. SUNGAI-SUNGAI
BAHAWASANYA KAMI PELAJAR ASRAMA SK. SUNGAI-SUNGAI BERIKRAR AKAN SENTIASA MEMATUHI PERATURAN ASRAMA DAN SEKOLAH, MENGHORMATI GURU-GURU, IBU BAPA DAN RAKAN-RAKAN SERTA BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI KECEMERLANGAN AKADEMIK SERTA NAMA BAIK ASRAMA DAN SEKOLAH.
PERATURAN ASRAMA DESA SK. SUNGAI-SUNGAI
01. AKHLAK
1.1 Setiap penghuni asrama hendaklah mempunyai akhlak yang baik dan
sentiasa bersopan-santun kepada guru-guru, ibu bapa, orang ramai dan rakan-rakan, baik yang tinggal di asrama atau tidak.
1.2 Penghuni dilarang melakukan perkara-perkara seperti berikut:-
1.2.1 merokok
1.2.2 berjudi
1.2.3 penyalahgunaan dadah
1.2.4 minum arak
1.2.5 melawan guru
1.2.6 berkelahi
1.2.7 mengancam atau membuli penghuni lain
1.2.8 menyimpan senjata berbahaya
1.2.9 mencuri
1.2.10 membuat bising
1.2.11 Lain-lain kesalahan mengikut peraturan sekolah
1.3 Penghuni asrama lelaki di larang memasuki kawasan penghuni asrama perempuan
dan sebaliknya tanpa kebenaran.
1.4 Penghuni asrama hendaklah mengamalkan sikap tolong-menolong.
02. KETETAPAN WAKTU
2.1 Jadual Harian
Aktiviti / Tugasan Jam
Bangun Pagi 06.00 a.m
Sarapan Pagi 07.00 a.m - 7.15 a.m
Waktu Sekolah 07.30 a.m - 12.50p.m
Makan Tengah hari 12. 50 p.m - 1.20 p.m
Kelas Belajar Terarah Petang / Tuisyen 02.00 p.m - 4.00 p.m
Minum Petang 04.00 p.m - 4.15 p.m
Gotong – royong 04.15 p.m - 4. 30 p.m
Aktiviti Padang / Rekreasi 04.30 p.m - 5.30 p.m
Makan Malam 06.00 p.m - 6.30 p.m
Kelas Belajar Terarah Malam 07.00 p.m - 9.00 p.m
Tidur 09.30 p.m
2.2 Makan dan Minum
2.2.1 Penghuni hendaklah menepati masa makan dan minum yang ditetapkan.
2.2.2 Penghuni dilarang membawa masuk makanan ke bilik asrama tanpa kebenaran.
2.2.3 Tidak dibenarkan membawa keluar pinggan mangkuk, gelas dan lain-lain
dari dewan makan.
2.3 Waktu Kelas Belajar Terarah / Tuisyen
2.3.1 Semua penghuni diwajibkan menepati waktu kelas Belajar Terarah.
Kedatangan akan diambil oleh pengawas.
2.3.2 Pada waktu belajar, penghuni dilarang membuat bising.
2.3.3 Penghunni juga diwajibkan menghadiri kelas tuisyen atau kelas tambahan
yang diadakan oleh sekolah.
2.4 Waktu Bermain / Rekreasi
2.4.1 Penghuni hanya dibenarkan bermain pada waktu yang ditetapkan.
2.4.2 Penghuni dilarang bermain di luar daripada kawasan asrama atau sekolah.
03. KEBERSIHAN
3.1 Asrama
3.1.1 Semua penghuni asrama hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dalam asrama, dewan makan, peralatan asrama dan persekitaran asrama.
3.1.2 Penghuni dilarang menconteng dan mengotorkan mana-mana bahagian bangunan asrama dan dewan makan.
3.2 Pakaian
3.2.1 Semua penghuni asrama hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan pakaian.
3.2.2 Kain-kain basah dilarang dibawa masuk ke dalam bilik asrama.
3.2.3 Penghuni tidak dibenarkan menyidai pakaian di tingkap asrama atau di dalam asrama.
3.3 Tempat Tidur
3.3.1 Semua penghuni hendaklah memastikan kebersihan kelambu, selimut, cadar, sarung bantal dan lain-lain.
3.3.1 Penghuni hendaklah memastikan kekemasan dan kebersihan tempat tidur.
04. KESELAMATAN
4.1 Keselamatan Diri
4.1.1 Semua penghuni hendaklah mengutamakan penjagaan keselamatan diri.
4.1.2 Penghuni dilarang sama sekali melibatkan diri dengan sebarang kegiatan atau aktiviti yang boleh membahayakan keselamatan diri kecuali mendapat kebenaran.
4.1.3 Penghuni dilarang merayau-rayau di luar kawasan asrama atau sekolah.
4.2 Keselamatan Bilik
4.2.1 Penghuni dilarang membawa barang-barang berharga dan wang yang banyak ke asrama.
4.2.2 Pintu bilik asrama hendaklah di tutup oleh orang yang terakhir keluar atau masuk ke bilik asrama.
4.2.3 Penghuni dilarang keras menggunakan racun nyamuk, lilin dan sebagainya yang boleh mengakibatkan kebakaran.
4.2.4 Semua penghuni hendaklah menjaga keselamatan peralatan asrama.
05. DEWAN MAKAN
5.1 Semasa hendak memasuki dewan makan, selipar / kasut hendaklah ditanggalkan.
5.2 Semasa mengambil makanan, penghuni hendaklah beratur dan tidak membuat bising.
5.3 Penghuni hendaklah makan dengan tertib dan bersopan.
06. MANDI
6.1 Penghuni hendaklah mandi mengikut waktu yang ditetapkan.
6.2 Penghuni dilarang mandi di sungai secara bersendirian.
6.3 Semasa mandi di sungai, penghuni dilarang sama sekali berenang atau bermain.
07. KELUAR DAN MASUK ASRAMA
7.1 Penghuni tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa kebenaran.
7.2 Penghuni hanya dibenarkan balik ke kampung pada waktu hujung minggu (dua kali sebulan) dan sewaktu cuti sekolah.
7.3 Penghuni yang hendak balik ke kampung hendaklah menulis nama dalam buku keluar – masuk.
7.4 Pelajar atau individu yang bukan merupakan penghuni asrama adalah dilarang masuk ke dalam asrama, kecuali mendapat kebenaran.
08. RAWATAN / KECEMASAN
8.1 Pelajar yang memerlukan rawatan hendaklah memaklumkan kepada guru
besar, warden atau guru yang berkenaan.
8.2 Jika ibu bapa tidak dapat dihubungi, guru besar, penyelia asrama atau warden boleh bertindak sebagai penjaga untuk memberi kebenaran kepada pihak klinik atau hospital mengambil tindakan kecemasan.
09. PELAWAT
9.1 Pelawat, ibu bapa atau penjaga hendaklah memaklumkan kepada warden atau guru yang berkenaan.
9.2 Pelawat dilarang masuk ke dalam asrama tanpa kebenaran.
9.3 Pelawat hendaklah berjumpa dengan anak mereka di luar bilik asrama.
10. TINDAKAN DAN HUKUMAN
10.1 Tindakan dan hukuman boleh dikenakan kepada penghuni yang melanggar peraturan asrama.
11. PERKARA AM
11.1 Selain dari peraturan ini, penghuni juga tertakluk kepada peraturan sekolah dan peraturan tambahan yang dibuat oleh pihak sekolah atau asrama dari masa ke semasa.