SEJARAH SEKOLAH



SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sungai- Sungai dibuka pada tahun 1965. Guru yang pertama bertugas di sekolah ini ialah En. Lantang bin Kundong. Beliau berasal dari Tampias, Ranau Sabah. Memandangkan hanya beliau seorang sahaja yang ditugaskan mengajar di sekolah, beliau juga merupakan Guru Besar pertama sekolah ini.
Pelajarnya terdiri daripada anak- anak tempatan yang tinggal di sekitar Kampung Sungai- Sungai. Majoriti pelajar ini berbangsa Sungai. Pada awal pembukaan sekolah, hanya terdapat 43 orang murid sahaja.




Gambar ini adalah bangunan sekolah yang pertama didirikan. Ia dibina pada tahun 1965. Dan bangunan sekolah diperbuat daripada kayu sepenuhnya



Bangunan ini dibina pada tahun 1969, setelah bangunan yang sedia ada tidak lagi mampu menampung pertambahan jumlah murid. Bangunan ini juga pada awalnya diperbuat daripada kayu


LOGO SEKOLAH




  • BIRU PERPADUAN
  • MERAH BERANI MENGHADAPI CABARAN
  • HIJAU MELAMBANGKAN EKONOMI MASYARAKAT YANG BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA PERTANIAN
  • GUNUNG MENJADI LAMBANG KEJAYAAN YANG INGIN DICAPAI
  • BUKU MENJADI LAMBANG ILMU YANG DICARI
  • SIJIL MENJADI LAMBANG PENGIKTIRAFAN KEPADA PELAJAR YANG BERJAYA DAN CEMERLANG



MOTTO SEKOLAH

"USAHA MERCU JAYA"


LAGU SEKOLAH

SK Sungai- Sungai,
Nama sekolah kami,
Tempat kami menuntut ilmu.
Pada guru- guru,
Ucapan terima kasih,
Balasan kepada baktimu.
Kami tetap sedia,
Mengisi ilmu didada,
Walaupun payah banyak cabaran,
Kami tetap menghadapinya.

Followers