PENGURUSAN PUSAT SUMBER BERSEPADU
Kepesatan kemajuan ICT menjadi cabaran kepada negara untuk menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran abad ke-21. Bagi menerajui usaha ini, KPM perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan bagi menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dilaksanakan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berdasarkan kadar kebolehan murid.
Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan (PSP), Bahagian Teknologi Pendidikan dipertanggungjawabkan untuk membangun dan mengurus Pusat Sumber Pendidikan yang terdiri daripada Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan, 15 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, 367 Pusat Kegiatan Guru dan 9,922 Pusat Sumber Sekolah. Berlandaskan perspektif Pengurusan Kualiti Menyeluruh (Total Quality Management) (PKPA Bil. 1/1992) yang melibatkan pengurusan proses, insan dan teknologi secara bersepadu ke arah kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan serta kemajuan dan platform ICT dalam pendidikan, Sektor PSP telah mengorak langkah secara inovatif, dinamik dan berperingkat mulai tahun 2007 untuk membudayakan pembestarian pendidikan dan meningkatkan kualiti produktiviti, kecekapan, dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan ke seluruh negara.
Pengurusan Pusat Sumber Bersepadu (http://bibliografi.moe.edu.my/) menggabung-jalin sistem pengurusan Pusat Sumber Pendidikan (BTP-BTPN-PKG-Sekolah) berasaskan web secara komprehensif yang bertujuan membina, mengurus, dan mengakses koleksi ribuan atau jutaan dokumen dalam bentuk digital dan bukan digital termasuk bahan teks, imej, audio dan video. Semua maklumat bibliografi dan koleksi digital boleh dikongsi dan diakses di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Sistem ini dihasilkan berdasarkan platform open source yang diketahui umum sebagai murah dari segi kos pembangunan dan penghasilan sistemnya. Operasi Pengurusan Pusat Sumber Bersepadu yang sehingga kini melibatkan hampir 10,000 sekolah serta 2.5 juta murid dan guru meliputi fungsi yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
Pengurusan Pusat Sumber perlu dilihat melalui perspektif baru berfokuskan ICT sebagai alat pengupaya supaya konsep ubiquitous library (Pusat Sumber merentas sempadan dan masa), ubiquitous learning (pembelajaran merentas sempadan dan masa) dan ubiquitous information management (pengurusan maklumat merentas sempadan dan masa) dapat diwujud dan diaplikasikan sesuai dengan peredaran teknologi semasa. Sekiranya ini ketiga-tiga konsep ini berjaya disepadukan, Pusat Sumber akan menjadi pusat perkhidmatan yang memacu maklumat/sumber pendidikan dalam pelbagai bentuk dan dapat diakses dan dikongsi dari segenap ceruk dan rantau, di dalam atau di luar premis sekolah, pada waktu siang atau malam.